Saturday, August 28, 2010

Pembangunan Suburbanization di Malaysia

Pada hari ini kita dapat lihat pembangunan Malaysia telah berkembang dengan pesatnya. Perkembangan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Tetapi, apakah Malaysia benar-benar maju. Jika dilihat daripada pandangan kasar memang Malaysia dilihat seperti sebuah negara maju dengan adanya bangunan-bangunan pencakar langit. Sebaliknya, jika diteliti dengan betul terutamanya di kawasan pinggir bandar mungkin kita akan berfikir adakah ini ciri-ciri sebuah negara maju. Kerana terdapat banyak isu dan masalah masalah yang timbul seiring dengan pembangunan yang dijalankan. Seperti perebakan bandar"urban sprawl" yang telah banyak meninggalkan kesan negatif. Perkara ini mungkin berlaku kerana pembangunan yang tidak seimbang dan perancangan yang kurang berkualiti. Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab keatas segala masalah ini. Salah satu pihak yang terlibat adalah perancang bandar. Perancang bandar seharusnya lebih peka dengan isu masalah yang dihadapi sekarang dan perlu merancang dengan lebih teliti. Penekanan perlu diberikan pada kepentingan penduduk. Terutamanya keselesaan penduduk yang tinggal dalam sesuatu kawasan.

2 comments:

  1. askm Tuan Haji,,selmt hari raye,,,daa lme kt x brtukr2 pendapat..bgos huraian yang telah Tuan Haji Azman utarakan..cuma boleh x Tuan Haji cmne pulk perkembangan sub-urban di kg bagan datoh..hak3 nme samaran Kg Pinang Sebatang kat Perak

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya...owh..apa y sy dapati di kampong bagan datoh kurang kemudahan asas..pendapatan penduduk disitu adalah apa y ada pada hasil prtanian tanah mereka yang ad..kalo dlu kg. bagan datoh terknal dgn hsil buah koko yang blh djual dgn hrge tnggi..tp skrg tnmn tu dah x mnjdi..yg ad tnmn kelapa y hny dpt djual dgn hrga 50sen sebiji..

    ReplyDelete