Monday, October 11, 2010

Pengalaman menjalankan soal selidik di kawasan rumah kos rendah

ASSALAMU'ALAIKUM....Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa melakukan "survey" pada minggu lepas. Tujuan "survey" kami adalah untuk mendapatkan maklumat profil penduduk dan mengetahui samada penyedian kemudahan awam memenuhi keperluan penduduk. Fokus "survey" kami adalah tertumpu pada kawasan rumah flat kos rendah. Setiap seorang perlu membuat "survey" dalam 20 buah rumah.Kami terdiri daripada 12 orang dan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat survey pada setiap blok rumah flat kos rendah. Selepas kami selesai menjalakan "survey" itu agak kecewa rasanye dengan hasil yang kami dapat. Setiap orang hanya dapat menbuat "survey" tidak lebih daripada 5 buah rumah. Sebab kebanyakan rumah tiada penghuninya. Ini mungkin kerana kami lakukan "survey pada hari bekerja. Tetapi yang paling ketara adalah kebanyakan rumah sudah tidak ada orang tinggal lagi. Ada juga rumah yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada kami. Katanya "sibuklah", "banyak keje" dan macam-macam lagi. Selepas itu, kami berehat pada waktu tengahari di masjid. Walaupun agak sukar untuk mendapatkan maklumat, kami tetap terus berusaha untuk mencapai target kami. Pada waktu petang kami meneruskan "survey" kami di lokasi yang lain. Pada lokasi yang kedua ini hasilnya lebih memberangkan lebih banyak "survey" yang dapat kami buat.

7 comments:

  1. emm,..memg payah nak dapat kerjasama dorang,..kitorang nyer kes,..siap kene tipu ade keje nak buat tp alih2 tgk dok jalan2 je,..geram pon ade...pendek kate sume org rase pengalaman mcm ni

    ReplyDelete
  2. Lain kali kita buat survey hujung minggu. Ketua keluarga sepatutnya menjadi responden. Lain-lain.. anggaplah sebagai pengalaman baru dan tidak mematahkan semangat untuk menjadi perancang bandar yang bewibawa...

    ReplyDelete
  3. Betu tu dr,semangat perlu ada n kena tabah ngn dugaan perancang ni supaya nanti kita da terbiasa agar kental untuk tempuh alam perkerjaan perancang yang sebenar..

    ReplyDelete
  4. betul cakap faeizah..diorang susah nk bagi kerjasama walaupun hanya beberapa minit kita..tetapi bukannya semua penghuni yang bersikap begitu kerana ada kawan-kawan kita yang dapat makan kueh raya and siap dapat duit raye..hehehe..

    ReplyDelete
  5. nmpknye isu kerjasama antara penduduk dalam membantu mmberi mklumat ini sgt mmberi kesan kpda maklumat yang ingin diperolehi.sekirnya reponden dapat mmberi komitmen yang baik,hasil penemuan yang akan diperoleh juga pasti bagus

    ReplyDelete
  6. disebabkan kurgnye respon dr penduduk kite mjd bersemangat tok mencapai sasaran..btol kn??? hihihi..

    ReplyDelete
  7. pngalaman bnyk mngajar diba..wlaupun agak penat,tp seronok..ni first time..mmg respondent kurang mmberi kerjasama..namun bak kate man,pada sesi petang mmg kerjasama respondent amat memberansangkan..ni mungkin ramai penghuni yg melayu dan ramai yg sudah berada di rumah...

    ReplyDelete