Monday, October 11, 2010

Pengalaman menjalankan soal selidik di kawasan rumah kos rendah

ASSALAMU'ALAIKUM....Saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa melakukan "survey" pada minggu lepas. Tujuan "survey" kami adalah untuk mendapatkan maklumat profil penduduk dan mengetahui samada penyedian kemudahan awam memenuhi keperluan penduduk. Fokus "survey" kami adalah tertumpu pada kawasan rumah flat kos rendah. Setiap seorang perlu membuat "survey" dalam 20 buah rumah.Kami terdiri daripada 12 orang dan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat survey pada setiap blok rumah flat kos rendah. Selepas kami selesai menjalakan "survey" itu agak kecewa rasanye dengan hasil yang kami dapat. Setiap orang hanya dapat menbuat "survey" tidak lebih daripada 5 buah rumah. Sebab kebanyakan rumah tiada penghuninya. Ini mungkin kerana kami lakukan "survey pada hari bekerja. Tetapi yang paling ketara adalah kebanyakan rumah sudah tidak ada orang tinggal lagi. Ada juga rumah yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada kami. Katanya "sibuklah", "banyak keje" dan macam-macam lagi. Selepas itu, kami berehat pada waktu tengahari di masjid. Walaupun agak sukar untuk mendapatkan maklumat, kami tetap terus berusaha untuk mencapai target kami. Pada waktu petang kami meneruskan "survey" kami di lokasi yang lain. Pada lokasi yang kedua ini hasilnya lebih memberangkan lebih banyak "survey" yang dapat kami buat.

Saturday, August 28, 2010

Pembangunan Suburbanization di Malaysia

Pada hari ini kita dapat lihat pembangunan Malaysia telah berkembang dengan pesatnya. Perkembangan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Tetapi, apakah Malaysia benar-benar maju. Jika dilihat daripada pandangan kasar memang Malaysia dilihat seperti sebuah negara maju dengan adanya bangunan-bangunan pencakar langit. Sebaliknya, jika diteliti dengan betul terutamanya di kawasan pinggir bandar mungkin kita akan berfikir adakah ini ciri-ciri sebuah negara maju. Kerana terdapat banyak isu dan masalah masalah yang timbul seiring dengan pembangunan yang dijalankan. Seperti perebakan bandar"urban sprawl" yang telah banyak meninggalkan kesan negatif. Perkara ini mungkin berlaku kerana pembangunan yang tidak seimbang dan perancangan yang kurang berkualiti. Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab keatas segala masalah ini. Salah satu pihak yang terlibat adalah perancang bandar. Perancang bandar seharusnya lebih peka dengan isu masalah yang dihadapi sekarang dan perlu merancang dengan lebih teliti. Penekanan perlu diberikan pada kepentingan penduduk. Terutamanya keselesaan penduduk yang tinggal dalam sesuatu kawasan.

Monday, August 16, 2010

Lawatan Tapak di Kawasan Pinggir Bandar Metropolitan Johor Bahru

Melalui pemerhatian saya terhadap lawatan tapak di kawasan pinggir bandar Metropolitan Johor Bahru yang lepas terdapat beberapa perkara yang dapat saya simpulkan. Pertama di kawasan Kg. Melayu Lima Kedai, jika dilihat dari pintu masuknya nampak seperti baik sahaja. Kerana terdapat pintu gerbang dan nama kampung yang terpampang pada tembok. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah kampung seperti telah mati. Kerana terdapat banyak rumah yang kosong akibat telah ditinggalkan oleh penghuninya yang telah berpindah ke tempat lain. Mungkin suatu hari nanti lama-kelamaan kampung itu lenyap begitu sahaja dan diambil alih oleh pemaju untuk dibangunkan pembangunan baru. Ini sesuatu yang tidak mustahil, kerana ini telah berlaku terhadap kampung di tempat lain. Jadi saya rasa ia sepatutnya tidak harus berlaku.
Seterusnya di kawasan Jusco Bukit Indah, Giant dan Tesco. Ketiga-tiga tempat ini saya lihat terletak di dalam satu kawsan yang bersebelahan antara satu sama lain dan jauh dari kawasan pusat bandar. Bagi saya, ini adalah sesuatu perancnagan yang bijak. Orang dari pusat bandar mudah untuk pergi ke pusat membeli belah ini, walaupun lokasinya terletak jauh sedikit. Kerana ia mempunyai jalan perhubungan yang baik. Jadi ia tidak menjadi masalah kepada penduduk bandar untuk membeli belah disitu. Disamping itu juga, ia memberi kesan yang baik terhadap sistem lalu lintas di Johor Bahru, kerana dapat mengurangkan kesesakan. Bagi penduduk kampung di pinggir bandar pula, ia adalah satu kemudahan yang besar. Disamping mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak terhadap penduduk kampung di pinggir bandar. Sebab itulah saya katakan ia perancangan yang bijak. Kerana memberi faedah yang lebih menyeluruh.



Maaf gambar akan diuplodkan kemudian, kerana telah hilang!

Friday, August 6, 2010

Impak Rebakan Bandar



Perkembangan pesat pembangunan bandar-bandar besar di Malaysia kini boleh dilihat dengan begitu ketara sekali. Ini boleh dibuktikan dengan perubahan-perubahan yang berlaku keatas bandar-bandar ini dari tahun ke tahun. Memang ada perubahannya, banyak bangunan baru didirikan. Perkara ini berlaku kerana, bandar merupakan pusat pertumbuhan ekonomi negara dan di samping dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Jika difikirkan rasionalnya, memang memberi kesan yang baik terhadap negara tetapi, ia juga telah memberi kesan buruk kepada kawasan pinggir bandar. Seperti perebakan bandar, ini berlaku kerana berlakunya pembangunan yang tidak terkawal atau tidak mempunyai sempadan pembangunan. Pembangunan yang pada mulanya tertumpu di pusat bandar telah merebak sedikit demi sedikit ke kawasan pinggir bandar. Ini boleh diumpamakan sebagai limpahan perbandaran. Banyak kampung yang terletak di sempadan bandar telah hapus ditelan arus pembangunan. Kerana banyak penduduk yang berada di kampung telah meninggalkan kampung halamannya dan berpindah ke kawasan bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Lama kelamaan kawasan kampung di pinggir bandar mati begitu sahaja.

Tuesday, July 20, 2010

Perumahan Bercampur (mixed housing)

Seperti yang kita tahu terdapat 10 prinsip urbanisme(urbanism). Prinsip-prinsip ini perlu diterapkan di dalam pembangunan sekarang agar dapat mewujudkan suatu pembangunan yang mampan dan dapat meningkatkan lagi kualiti hidup yang lebih baik. Disini saya ingin memberi pendapat saya terhadap salah satu prinsip daripada 10 prinsip urbanisme(urbanism) yang digunakan dalam pembangunan fizikal di Malaysia masakini. Iaitu perumahan bercampur. Mengikut pemerhatian saya prinsip ini memang ada diterapkan dikebanyakan pembangunan perumahan yang ada di Malaysia. Tetapi tidak semua pembangunan perumahan mengikut prinsip ini dengan kaedah yang betul. Di dalam suatu pembangunan perumahan biasanya mengandungi 3 jenis perumahan:
1. Rumah kos rendah

2. Rumah kos sederhana
3. Rumah kos tinggi
Ini memang perlu bagi menjamin keperluan dan permintaan penduduk di Malaysia memiliki rumah untuk berteduh. Bagi saya, jenis perumahan kos rendah perlu diberi lebih perhatian. Ini kerana kita pun tahu sudah menjadi lumrah hidup di dunia ini. Tidak semua orang hidup senang. Disebalik yang senang ada juga orang yang susah. Jadi memang agak membebankan bagi golongan orang seperti ini memiliki jenis rumah selain dari kos rendah. Selain itu, pembahagian 3 jenis perumahan ini perlu bergantung terhadap kegiatan aktiviti yang dijalankan disekitarnya. Contohnya seperti di bandar Kuala Lumpur, permintaan terhadap rumah kos rendah telah melebihi rumah yang sedia ada. Tetapi sebaliknya berlaku terhadap rumah kos tinggi. Ini boleh dilihat di dalam jadual 12.1 yang terdapat di bawah.


Walaubagaimanapun masalah ini telah diatasi oleh kerajaan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah. Seperti rumah pangsapuri yang terdapat di dalam gambar 12.1 di bawah. Ini adalah langkah yang saya rasa paling efektif bagi meningkatkan rumah kos rendah di bandar Kuala Lumpur. Kerana ia dapat menampung bilangan penduduk yang ramai. Konklusinya, prinsip perumahan bercampur memang ada diterapkan di dalam pembangunan perumahan di Malaysia tetapi mungkin pelaksanaannya kurang sesuai atau tidak mengikut kaedah yang betul.

Monday, July 19, 2010

ISU PINGGIR BANDAR


Seperti yang kita semua tahu negara kita Malaysia kini sedang membangun dengan pesatnya. Bangunan-bangunan tinggi dibina di dalam bandar seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi apa yang sedang berlaku kini bukannya memberi impak positif semata-mata. Disebaliknya ada perkara yang mungkin diantara kita tidak sedar telah memberi impak negatif dari masa ke semasa. Iaitu kawasan-kawasan di pinggir bandar kini yang telah ditelan arus pembangunan yang begitu pesat. Penekanan pembangunan yang tertumpu di bandar sahaja telah mewujudkan isu-isu di kawasan pinggir bandar. Kampung-kampung yang berada dipinggir bandar tenggelam, hanyut atau lenyap dalam arus pembandaran. Kampung-kampung ini juga semakin lama semakin hilang identiti. Kerana identiti kampung seperti terdapat banyak pokok, suasana yang tenang, persekitaran yang tidak tercemar telah hilang akibat daripada pembangunan bandar sekitarnya. Disamping itu, ekonomi di kampung menjunam jatuh dengan mendadak. Kerana ramai penduduk di kampung berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan lebih menjamin hidup mereka. Akibatnya, kurang orang yang ingin mengusahakan kampung itu. Selain itu, aktiviti pertanian yang banyak menyumbang sumber pendapatan kepada penduduk kanmpung kini telah berkurangan kerana faktor tanah yang tidak subur seperti dulu. Ini telah menambahkan penderitaan penduduk di kampung. Kesan yang paling ketara sekali ialah dalam aspek sosio-budaya. Amalan kejiranan yang selalu diterapkan penduduk kampung kini semakin pudar. Budaya dan gaya hidup penduduk kampung telah berubah mengikut peredaran zaman. Budaya dan gaya hidup lama telah ditinggalkan dan menjalani gaya hidup baru. Kesimpulanya, pembangunan sepatutnya perlu lebih seimbang tidak tertumpu pada kawasan bandar sahaja. Supaya dapat menjamin kehidupan yang berkualiti .