Saturday, August 28, 2010

Pembangunan Suburbanization di Malaysia

Pada hari ini kita dapat lihat pembangunan Malaysia telah berkembang dengan pesatnya. Perkembangan ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju. Tetapi, apakah Malaysia benar-benar maju. Jika dilihat daripada pandangan kasar memang Malaysia dilihat seperti sebuah negara maju dengan adanya bangunan-bangunan pencakar langit. Sebaliknya, jika diteliti dengan betul terutamanya di kawasan pinggir bandar mungkin kita akan berfikir adakah ini ciri-ciri sebuah negara maju. Kerana terdapat banyak isu dan masalah masalah yang timbul seiring dengan pembangunan yang dijalankan. Seperti perebakan bandar"urban sprawl" yang telah banyak meninggalkan kesan negatif. Perkara ini mungkin berlaku kerana pembangunan yang tidak seimbang dan perancangan yang kurang berkualiti. Persoalannya, siapakah yang harus bertanggungjawab keatas segala masalah ini. Salah satu pihak yang terlibat adalah perancang bandar. Perancang bandar seharusnya lebih peka dengan isu masalah yang dihadapi sekarang dan perlu merancang dengan lebih teliti. Penekanan perlu diberikan pada kepentingan penduduk. Terutamanya keselesaan penduduk yang tinggal dalam sesuatu kawasan.

Monday, August 16, 2010

Lawatan Tapak di Kawasan Pinggir Bandar Metropolitan Johor Bahru

Melalui pemerhatian saya terhadap lawatan tapak di kawasan pinggir bandar Metropolitan Johor Bahru yang lepas terdapat beberapa perkara yang dapat saya simpulkan. Pertama di kawasan Kg. Melayu Lima Kedai, jika dilihat dari pintu masuknya nampak seperti baik sahaja. Kerana terdapat pintu gerbang dan nama kampung yang terpampang pada tembok. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah kampung seperti telah mati. Kerana terdapat banyak rumah yang kosong akibat telah ditinggalkan oleh penghuninya yang telah berpindah ke tempat lain. Mungkin suatu hari nanti lama-kelamaan kampung itu lenyap begitu sahaja dan diambil alih oleh pemaju untuk dibangunkan pembangunan baru. Ini sesuatu yang tidak mustahil, kerana ini telah berlaku terhadap kampung di tempat lain. Jadi saya rasa ia sepatutnya tidak harus berlaku.
Seterusnya di kawasan Jusco Bukit Indah, Giant dan Tesco. Ketiga-tiga tempat ini saya lihat terletak di dalam satu kawsan yang bersebelahan antara satu sama lain dan jauh dari kawasan pusat bandar. Bagi saya, ini adalah sesuatu perancnagan yang bijak. Orang dari pusat bandar mudah untuk pergi ke pusat membeli belah ini, walaupun lokasinya terletak jauh sedikit. Kerana ia mempunyai jalan perhubungan yang baik. Jadi ia tidak menjadi masalah kepada penduduk bandar untuk membeli belah disitu. Disamping itu juga, ia memberi kesan yang baik terhadap sistem lalu lintas di Johor Bahru, kerana dapat mengurangkan kesesakan. Bagi penduduk kampung di pinggir bandar pula, ia adalah satu kemudahan yang besar. Disamping mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak terhadap penduduk kampung di pinggir bandar. Sebab itulah saya katakan ia perancangan yang bijak. Kerana memberi faedah yang lebih menyeluruh.



Maaf gambar akan diuplodkan kemudian, kerana telah hilang!

Friday, August 6, 2010

Impak Rebakan Bandar



Perkembangan pesat pembangunan bandar-bandar besar di Malaysia kini boleh dilihat dengan begitu ketara sekali. Ini boleh dibuktikan dengan perubahan-perubahan yang berlaku keatas bandar-bandar ini dari tahun ke tahun. Memang ada perubahannya, banyak bangunan baru didirikan. Perkara ini berlaku kerana, bandar merupakan pusat pertumbuhan ekonomi negara dan di samping dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Jika difikirkan rasionalnya, memang memberi kesan yang baik terhadap negara tetapi, ia juga telah memberi kesan buruk kepada kawasan pinggir bandar. Seperti perebakan bandar, ini berlaku kerana berlakunya pembangunan yang tidak terkawal atau tidak mempunyai sempadan pembangunan. Pembangunan yang pada mulanya tertumpu di pusat bandar telah merebak sedikit demi sedikit ke kawasan pinggir bandar. Ini boleh diumpamakan sebagai limpahan perbandaran. Banyak kampung yang terletak di sempadan bandar telah hapus ditelan arus pembangunan. Kerana banyak penduduk yang berada di kampung telah meninggalkan kampung halamannya dan berpindah ke kawasan bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Lama kelamaan kawasan kampung di pinggir bandar mati begitu sahaja.