Tuesday, July 20, 2010

Perumahan Bercampur (mixed housing)

Seperti yang kita tahu terdapat 10 prinsip urbanisme(urbanism). Prinsip-prinsip ini perlu diterapkan di dalam pembangunan sekarang agar dapat mewujudkan suatu pembangunan yang mampan dan dapat meningkatkan lagi kualiti hidup yang lebih baik. Disini saya ingin memberi pendapat saya terhadap salah satu prinsip daripada 10 prinsip urbanisme(urbanism) yang digunakan dalam pembangunan fizikal di Malaysia masakini. Iaitu perumahan bercampur. Mengikut pemerhatian saya prinsip ini memang ada diterapkan dikebanyakan pembangunan perumahan yang ada di Malaysia. Tetapi tidak semua pembangunan perumahan mengikut prinsip ini dengan kaedah yang betul. Di dalam suatu pembangunan perumahan biasanya mengandungi 3 jenis perumahan:
1. Rumah kos rendah

2. Rumah kos sederhana
3. Rumah kos tinggi
Ini memang perlu bagi menjamin keperluan dan permintaan penduduk di Malaysia memiliki rumah untuk berteduh. Bagi saya, jenis perumahan kos rendah perlu diberi lebih perhatian. Ini kerana kita pun tahu sudah menjadi lumrah hidup di dunia ini. Tidak semua orang hidup senang. Disebalik yang senang ada juga orang yang susah. Jadi memang agak membebankan bagi golongan orang seperti ini memiliki jenis rumah selain dari kos rendah. Selain itu, pembahagian 3 jenis perumahan ini perlu bergantung terhadap kegiatan aktiviti yang dijalankan disekitarnya. Contohnya seperti di bandar Kuala Lumpur, permintaan terhadap rumah kos rendah telah melebihi rumah yang sedia ada. Tetapi sebaliknya berlaku terhadap rumah kos tinggi. Ini boleh dilihat di dalam jadual 12.1 yang terdapat di bawah.


Walaubagaimanapun masalah ini telah diatasi oleh kerajaan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah. Seperti rumah pangsapuri yang terdapat di dalam gambar 12.1 di bawah. Ini adalah langkah yang saya rasa paling efektif bagi meningkatkan rumah kos rendah di bandar Kuala Lumpur. Kerana ia dapat menampung bilangan penduduk yang ramai. Konklusinya, prinsip perumahan bercampur memang ada diterapkan di dalam pembangunan perumahan di Malaysia tetapi mungkin pelaksanaannya kurang sesuai atau tidak mengikut kaedah yang betul.

Monday, July 19, 2010

ISU PINGGIR BANDAR


Seperti yang kita semua tahu negara kita Malaysia kini sedang membangun dengan pesatnya. Bangunan-bangunan tinggi dibina di dalam bandar seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi apa yang sedang berlaku kini bukannya memberi impak positif semata-mata. Disebaliknya ada perkara yang mungkin diantara kita tidak sedar telah memberi impak negatif dari masa ke semasa. Iaitu kawasan-kawasan di pinggir bandar kini yang telah ditelan arus pembangunan yang begitu pesat. Penekanan pembangunan yang tertumpu di bandar sahaja telah mewujudkan isu-isu di kawasan pinggir bandar. Kampung-kampung yang berada dipinggir bandar tenggelam, hanyut atau lenyap dalam arus pembandaran. Kampung-kampung ini juga semakin lama semakin hilang identiti. Kerana identiti kampung seperti terdapat banyak pokok, suasana yang tenang, persekitaran yang tidak tercemar telah hilang akibat daripada pembangunan bandar sekitarnya. Disamping itu, ekonomi di kampung menjunam jatuh dengan mendadak. Kerana ramai penduduk di kampung berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan lebih menjamin hidup mereka. Akibatnya, kurang orang yang ingin mengusahakan kampung itu. Selain itu, aktiviti pertanian yang banyak menyumbang sumber pendapatan kepada penduduk kanmpung kini telah berkurangan kerana faktor tanah yang tidak subur seperti dulu. Ini telah menambahkan penderitaan penduduk di kampung. Kesan yang paling ketara sekali ialah dalam aspek sosio-budaya. Amalan kejiranan yang selalu diterapkan penduduk kampung kini semakin pudar. Budaya dan gaya hidup penduduk kampung telah berubah mengikut peredaran zaman. Budaya dan gaya hidup lama telah ditinggalkan dan menjalani gaya hidup baru. Kesimpulanya, pembangunan sepatutnya perlu lebih seimbang tidak tertumpu pada kawasan bandar sahaja. Supaya dapat menjamin kehidupan yang berkualiti .