Monday, August 16, 2010

Lawatan Tapak di Kawasan Pinggir Bandar Metropolitan Johor Bahru

Melalui pemerhatian saya terhadap lawatan tapak di kawasan pinggir bandar Metropolitan Johor Bahru yang lepas terdapat beberapa perkara yang dapat saya simpulkan. Pertama di kawasan Kg. Melayu Lima Kedai, jika dilihat dari pintu masuknya nampak seperti baik sahaja. Kerana terdapat pintu gerbang dan nama kampung yang terpampang pada tembok. Tetapi apa yang sebenarnya berlaku adalah kampung seperti telah mati. Kerana terdapat banyak rumah yang kosong akibat telah ditinggalkan oleh penghuninya yang telah berpindah ke tempat lain. Mungkin suatu hari nanti lama-kelamaan kampung itu lenyap begitu sahaja dan diambil alih oleh pemaju untuk dibangunkan pembangunan baru. Ini sesuatu yang tidak mustahil, kerana ini telah berlaku terhadap kampung di tempat lain. Jadi saya rasa ia sepatutnya tidak harus berlaku.
Seterusnya di kawasan Jusco Bukit Indah, Giant dan Tesco. Ketiga-tiga tempat ini saya lihat terletak di dalam satu kawsan yang bersebelahan antara satu sama lain dan jauh dari kawasan pusat bandar. Bagi saya, ini adalah sesuatu perancnagan yang bijak. Orang dari pusat bandar mudah untuk pergi ke pusat membeli belah ini, walaupun lokasinya terletak jauh sedikit. Kerana ia mempunyai jalan perhubungan yang baik. Jadi ia tidak menjadi masalah kepada penduduk bandar untuk membeli belah disitu. Disamping itu juga, ia memberi kesan yang baik terhadap sistem lalu lintas di Johor Bahru, kerana dapat mengurangkan kesesakan. Bagi penduduk kampung di pinggir bandar pula, ia adalah satu kemudahan yang besar. Disamping mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak terhadap penduduk kampung di pinggir bandar. Sebab itulah saya katakan ia perancangan yang bijak. Kerana memberi faedah yang lebih menyeluruh.



Maaf gambar akan diuplodkan kemudian, kerana telah hilang!

9 comments:

  1. Bidang Perancangan telah memberi sumbangan yang besar dalam pelbagai aspek kehidupan penduduk. Kaedah dan pendekatan perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa....Well done.

    ReplyDelete
  2. mgkin juga pembangunan di kawasan bukit indah merupakan suatu pembangunan yang baik. akan tetapi, kita perlulah mempunyai pertimbangan kepada peniaga kecil yang terpaksa mempertaruhkan hidup mereka bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga mereka.

    ReplyDelete
  3. pembangunan yang dijalankan sekarang sememangnya memberi manfaat kepada pelbagai pihak namun pihak terbabit haruslah memastikan nikmat pembangunan tersebut mampu dikongsi bersama oleh semua pihak.

    ReplyDelete
  4. setuju dengan dr anuar..bidang perancangan adlah satu peluang untuk kita menyumbang kepada khidupan penduduk..bg memastikan kg2 yg dianggap kg mati itu, planning peru menekankan aspek komuniti...jika komuniti itu bersatu,mgkn ade alternatif yg bleh dibuat oleh penduduk dlam mnjadikan kg mereka dlam keadaan yg lebih sempurna...

    ReplyDelete
  5. pada saya,sebagai seorang perancangan bandar perlulah mencari penyelesaian bagi menangani masalah ini.Jika Pekan Gelang Patah seperti pekan mati apa yang terjadi disekelilingnya dengan pembangunan yang rancak dijalan.Adakah ini usaha untuk memajukan atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  6. Bersetuju dengan kata2 cik rina ..sebgai planner kita seharusnya berperanan merancang dan juga menyelesaikan masalah.Isu yang terdapat di Pekan Gelang Patah patut ditangani dengan segera..Rumah2 yang terbiar kosong dan mencacatkan pemandangan sekitar pekan perlu dibaiki seperti apa yang ditegaskan dalam 'smart Growth" iaitu kita perlu tambah baik infill dan bukannya hapus terus pembangunan di kampung tersebut.

    ReplyDelete
  7. Pembinaan ketiga-tiga kompleks perniagaan tersebut amat berguna kepada penduduk di sekitarnya. Ini kerana penduduk dapat membuat pilihan sendiri sama ada untuk membeli belah di giant dan tesco yang sememangnya lebih murah berbanding dengan jusco. Peluang kerja juga terbuka luas terutamanya kepada penduduk setempat seperti anak-anak remaja yang memerlukan pekerjaan.

    ReplyDelete
  8. pembangunan yang mempunyai perancangan yang betul akan menyumbang kepada kebaikan. kewujudan pusat beli belah di bukit indah memberi kemudahan kepada penduduk sekitar. Masalah yang berlaku di Pekan Gelang Patah perlu diberi perhatian serius supaya penduduk dapat hidup dengan selesa dan mempunyai kepentingan masing-masing.

    ReplyDelete
  9. pembangunan yang seimbang sering diperkatakan bagi memperolehi manfaat bersama tetapi sejauh manakah perancangan pembangunan seimbang ini dilakukan dalam konteks negara Malaysia? masih terdapat jurang yang besar dalam perancangan yang mana nasib penduduk setempat tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya..

    ReplyDelete