Friday, August 6, 2010

Impak Rebakan Bandar



Perkembangan pesat pembangunan bandar-bandar besar di Malaysia kini boleh dilihat dengan begitu ketara sekali. Ini boleh dibuktikan dengan perubahan-perubahan yang berlaku keatas bandar-bandar ini dari tahun ke tahun. Memang ada perubahannya, banyak bangunan baru didirikan. Perkara ini berlaku kerana, bandar merupakan pusat pertumbuhan ekonomi negara dan di samping dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat. Jika difikirkan rasionalnya, memang memberi kesan yang baik terhadap negara tetapi, ia juga telah memberi kesan buruk kepada kawasan pinggir bandar. Seperti perebakan bandar, ini berlaku kerana berlakunya pembangunan yang tidak terkawal atau tidak mempunyai sempadan pembangunan. Pembangunan yang pada mulanya tertumpu di pusat bandar telah merebak sedikit demi sedikit ke kawasan pinggir bandar. Ini boleh diumpamakan sebagai limpahan perbandaran. Banyak kampung yang terletak di sempadan bandar telah hapus ditelan arus pembangunan. Kerana banyak penduduk yang berada di kampung telah meninggalkan kampung halamannya dan berpindah ke kawasan bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Lama kelamaan kawasan kampung di pinggir bandar mati begitu sahaja.

10 comments:

  1. Perubahan petempatan ini bukan sahaja dari segi fizikal, juga meliputi aspek sosioekonomi dan corak hidup penduduk...Well said Azman. This tuesday (10/8)11.00 ada kelas dgn dr Ibrahim - rural planning (bilik seminar)untuk semua. Kelas elektif ganti masa rural planning, khamis 9.00(12/8) di makmal.Harap dapat beritahu rakan-rakan. Keep on writing and give comments.

    ReplyDelete
  2. teme kasih tuan Haji atas kupasan yg menarik dan padat...Boleh tuan haji azman huraikan tentang imej yang sinonim berlaku akibat rebakan bandar.maksud saya bukan hanya disebabkan kegiatan ekonomi,penduduk,mungkin faktor lain yang menyumbang kepada rebakan bandar

    ReplyDelete
  3. pembangunan tanpa perancangan yang terperinci pasti memberi kesan yang buruk. Kawasan di pinggir bandar akhirnya yang menjadi mangsa akibat daripada dihimpit kepesatan pembangunan di bandar-bandar. Keunikan dan keaslian sesebuah kampung akan pupus tanpa sebarang pembelaan ke atasnya..Hal ini yang semakin membimbangkan penduduk di pinggir bandar.

    ReplyDelete
  4. imej kawasan pinggir bandar semakin hari semakin lenyap ditelan arus pembangunan yang pesat. pembangunan yang tidak terkawal ini banyak memberi impak negatif terhadap masyarakat terutama masyrakat pinggir bandar yang menjadi mangsa keadaan kepada arus pembangunan yang merebak di kawasan mereka.

    ReplyDelete
  5. menjawab persolan shahrul: mungkin faktor ekonomi menjadi faktor utama kepada perebakan bandar disebabkan perpindahan penduduk luar bandar ke kawasan bandar bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup mereka seperti yang dikupas oleh man..Hal ini disebabkan kawasan bandar mempunyai peluang pekerjaan yang banyak serta lumayan berbanding ekonomu kawasan pinggir bandar

    pada pendapat saya terdapat juga faktor lain yang mendorong penghijrahan masyarakat seperti faktor kemudahan asas(pendidikan, kesihatan dll)..sistem jaringan pengangkutan yang baik dikawasan bandar turut mendorong penduduk berhijrah untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih sempurna..

    so untuk menangani masalah perebakan bandar dan hilang nya identiti pinggir bandar di negara ini maka pembangunan yang dilakukan hendaklah seimbang antara kawasan bandar dan pinggir bandar kerana masyarakat kampung juga layak untuk memerima taraf hidup yang selesa seperti penduduk di bandar..

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan saudara azman,pada saya bila kita membincangkan tentang impak rebakan bandar dipinggir bandar ianya sangat meluas.Sebagai contoh Johor Bahru, kepesatan pembangunan di kawasan bandar menyebabkan tiada ruang pembangunan masa hadapan untuk dijalan kerana keadaan bandar yang terlalu padat dengan segala aktiviti dan pembangunan yang ada.Hal ini, telah menyebabkan jurang ketidakseimbangan antara kawasan bandar dan pinggir bandar.Oleh itu, pihak-pihakyang bertangungjawab perlu memantau setiap pembangunanyang di jalan supaya sejajar dengan pembangunan di bandar dan pembangunan masa hadapan.

    ReplyDelete
  7. Disinilah peranan pelbagai pihak perlu dimainkan dan bukan hanya cakap-cakap kosong yang tiada kesudahannya. Politician sepatutnya membela kawasan mereka dan bukannya membawa kawasan mereka kedalam kancah pembangunan yang tidak terkawal. Jangan jadi seperti pak pandir yang menang sorak kampung tergadai. Penduduk di kawasan mereka mengharapkan pembelaan yang sewajarnya dari politician.

    ReplyDelete
  8. Memang tidak dinafikan adanya rebakan bandar di pusat bandar menyebabkan kawasn pinggir bandar menerima tempiasnya.Seperti yang kita dapat lihat daripada lwatan yang telah diadakan bersama-sama dengan Dr.Anuar baru-baru ni...Kesian kan bile kita dapat tahu salah satu kampung di pinggir bandar JB akan dijadikan sebagi kawasan landskap bagi memenuhi tuntutan koridor pembangunan yang akan dijalankan..Apakah nasib penduduk kampung apabila terpaksa berpindah ke kawasan perumahan yang baru...adakah ia selesa dan berbaloi dengan menggadaikan tanah mereka kepada kerajaan??..emm...kesian dengan nasib mereka yang dah berpuluh-puluh tahun hidup di situ.Memang kita hidup perlu ikut arus pembangunan masa sekarang,tapi tidak bule kita sebagai lanner alami sendiri perasaan penduduk kampung.

    ReplyDelete
  9. salam
    ermm, mmg kasihan melihat akan nasib melayu terutamanya..kadang2 pmbngunan yg dirancang bukan untuk pduduk tempatan,malah untuk penduduk luar yg lebih mmpu untuk mmiliki rumah2 yg pemaju bngunkn.

    ReplyDelete
  10. memang benar pembangunana adalah penting bagi membangunkan ekonomi negara dan meningkatkan taraf hidup masyarakat terutamanya masyarakat luar bandar namun sebagai seorang perancang yang baik, seharusnya pembangunan yang ingin dijalankan hendaklah mengambil kira faktor-faktor negatif dan positif yang bakal diterima oleh penduduk yang terlibat dengan pembangunan berkenaan.

    ReplyDelete