Monday, July 19, 2010

ISU PINGGIR BANDAR


Seperti yang kita semua tahu negara kita Malaysia kini sedang membangun dengan pesatnya. Bangunan-bangunan tinggi dibina di dalam bandar seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi apa yang sedang berlaku kini bukannya memberi impak positif semata-mata. Disebaliknya ada perkara yang mungkin diantara kita tidak sedar telah memberi impak negatif dari masa ke semasa. Iaitu kawasan-kawasan di pinggir bandar kini yang telah ditelan arus pembangunan yang begitu pesat. Penekanan pembangunan yang tertumpu di bandar sahaja telah mewujudkan isu-isu di kawasan pinggir bandar. Kampung-kampung yang berada dipinggir bandar tenggelam, hanyut atau lenyap dalam arus pembandaran. Kampung-kampung ini juga semakin lama semakin hilang identiti. Kerana identiti kampung seperti terdapat banyak pokok, suasana yang tenang, persekitaran yang tidak tercemar telah hilang akibat daripada pembangunan bandar sekitarnya. Disamping itu, ekonomi di kampung menjunam jatuh dengan mendadak. Kerana ramai penduduk di kampung berhijrah ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan lebih menjamin hidup mereka. Akibatnya, kurang orang yang ingin mengusahakan kampung itu. Selain itu, aktiviti pertanian yang banyak menyumbang sumber pendapatan kepada penduduk kanmpung kini telah berkurangan kerana faktor tanah yang tidak subur seperti dulu. Ini telah menambahkan penderitaan penduduk di kampung. Kesan yang paling ketara sekali ialah dalam aspek sosio-budaya. Amalan kejiranan yang selalu diterapkan penduduk kampung kini semakin pudar. Budaya dan gaya hidup penduduk kampung telah berubah mengikut peredaran zaman. Budaya dan gaya hidup lama telah ditinggalkan dan menjalani gaya hidup baru. Kesimpulanya, pembangunan sepatutnya perlu lebih seimbang tidak tertumpu pada kawasan bandar sahaja. Supaya dapat menjamin kehidupan yang berkualiti .

10 comments:

  1. Saya setuju dgn pndapat saudara dimana semua pembangunan bukan sahaja di malaysia tetapi di seluruh dunia perlu lebih tersusun dan teratur. jadi, kita sebagai perancang dan bakal perancang perlu mengambil kira apa yang berlaku seperti peristiwa-peristiwa semasa dapat dijadikan asas rujukan bagi merancang sesuatu pembangunan. kita juga merupakan perancang untuk masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. Idea ok man, sy stuju.Banyak keburukannya juga pada kawasan sekitar contohnya masalah sosial seperti kecurian dan pecah masuk rumah. Pekerja yang bekerja di kawasan pembangunan terdekat terutamanya pendatang asing cenderung melakukan jenayah ni.Tetapi kadang-kadang pembangunan yang pesat ni ada juga kebaikan nya.Sy punya pendapat, projek pembangunan boleh baiki ekonomi kawasan sekeliling. Contoh terdekat di Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang. Dulu dorang hidup susah tapi bila ada pembukaan kilang di kawasan sekitar, ramai orang muda pergi bekerja kat kilang tu.Pendapatan keluarga pun bertambah.Tak ramai yang bekerja sebagai nelayan dah skang ni.ha, ni pendapat je, dari aspek kebaikan.

    ReplyDelete
  3. "kawasan-kawasan di pinggir bandar kini yang telah ditelan arus pembangunan yang begitu pesat"

    Saya tertarik dengan penyataan yang diberikan oleh man. Idea pembangunan kini lebih kepada ingin membina bangunan-bangunan canggih seperti pencakar langit sehingga mengabaikan kawasan pinggir bandar. Mengapa tidak kita memikirkan untuk membaikpulih kawasan pinggir bandar ini kerana kebanyakkan kawasan pinggir bandar mempunyai nilai senibina yang tersendiri dan unik untuk dikekalkan. Secara tidak langsung dapat menggalakkan industri perlancongan kita sendiri dengan adanya identiti desa kita yang asli. Pembangunan seperti ini masih memberi keuntungan kepada pemaju dan juga ekonomi negara tetapi masih tidak mendapat perhatiaan pihak2 tertentu..

    ReplyDelete
  4. Memang benar apa yang dikatakan oleh kamu. Sesebuah pembangunan yang ingin dijalankan itu harus memikirkan kesan-kesan terhadap kawasan disekitarnya supaya tidak timbul pelbagai masalah. Pemaju juga perlu memikirkan pembangunan di pinggir bandar juga dan bukan hanya pembangunan di kawasan bandar yang sememangnya menjadi kegilaan para pemaju dalam mencari keuntungan semata-mata.

    ReplyDelete
  5. saya setuju dengan pendapat tuan hamba,keran perebakkan kawasan pembangunan bandar dan luar bandar dikatakan tidak seiring kerana wujud beberapa lopak jurang perbezaan yang ketara antara pembangunan di kedua-dua tempat berkenaan.Antara beberapa perkara yang boleh diketengahkan dalam sama-sama merungkai permasalahan ini adalah wujud rupa bentuk fizikal yang ketara dimana apa yang boleh dipotensikan tidak dapat dibangunkan di luar bandar.

    ReplyDelete
  6. saya bersetuju dengan pandangan yang diberikan diatas.setiap pembangunan yang hendak dilaksanakn haruslah memikirkan baik buruknya terhadap masyarakatdan kawasan itu sendiri.sebagai perancang kita seharusnya merancang ke arah kebaikan dan setiap perancangan yang dilaksanakan seharusnya membawa kesan positif terhadap kawasan tertentu contohnya pinggir bandar. Identiti sesebuah kampung atau bandar amat penting untuk menghidupkan kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  7. btul2..diba pn stuju..bnyk kwsan yg dibngukan mjadi bndar..padat dan penuh pncemaran..diba sendiri tidak suka tinggal di bndar..tidak salah melakukan pmbngunan,tp jgnlah smpai mgabaikan tnggungjwb kita trhadap faktor lain cnthnya sperti sosial dan alam sekitar..kawasan di pinggir2 kota juga perlu dibnugkan ttp msih lg mngekalkan ciri2 asalnyanya..disamping ingin mcapai pmbngunan yg seimbang.

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat...pembangunan pinggir bandar menyebabkan kawasan pertanian berkurangan dan tidak subur.Apa yang perlu dilakukan seboleh2-bolehnya pihak yang berwajib perlu mengekalkan kawasan pertanian dan elakkan daripada berlakunya penebusgunaan tanah pertanian di pinggir bandar.Renung2kanlah wahai saudara saudari semua,kat mana lagi kita nak dapatkan sumber makanan yang sihat kalau bukan berasalkan daripada hasil tuaian pertanian..

    ReplyDelete
  9. betul sekali dengan pendapat man terbabit. sebenarnya terdapat banyak kesan negetif daripada kesan positif jika sesebuah bandar itu tidak dibangunkan dengan pelan yang strategik dan komprehensif.

    ReplyDelete
  10. saya setuju,pada saya apa yang saya dapat simpulkan daripada informasi yang diberikan adalah kita dan semua pihak perlu mengambil perhatian yang lebih serius supaya isu rebakan bandar ini dapat diatasi dengan segera bagi memastikan kawasan pinggir bandar tidak menghadapi tekanan pembangunan yang pesat untuk menjamin pembangunan pada masa hadapan yang lebih sistematik.

    ReplyDelete