Tuesday, July 20, 2010

Perumahan Bercampur (mixed housing)

Seperti yang kita tahu terdapat 10 prinsip urbanisme(urbanism). Prinsip-prinsip ini perlu diterapkan di dalam pembangunan sekarang agar dapat mewujudkan suatu pembangunan yang mampan dan dapat meningkatkan lagi kualiti hidup yang lebih baik. Disini saya ingin memberi pendapat saya terhadap salah satu prinsip daripada 10 prinsip urbanisme(urbanism) yang digunakan dalam pembangunan fizikal di Malaysia masakini. Iaitu perumahan bercampur. Mengikut pemerhatian saya prinsip ini memang ada diterapkan dikebanyakan pembangunan perumahan yang ada di Malaysia. Tetapi tidak semua pembangunan perumahan mengikut prinsip ini dengan kaedah yang betul. Di dalam suatu pembangunan perumahan biasanya mengandungi 3 jenis perumahan:
1. Rumah kos rendah

2. Rumah kos sederhana
3. Rumah kos tinggi
Ini memang perlu bagi menjamin keperluan dan permintaan penduduk di Malaysia memiliki rumah untuk berteduh. Bagi saya, jenis perumahan kos rendah perlu diberi lebih perhatian. Ini kerana kita pun tahu sudah menjadi lumrah hidup di dunia ini. Tidak semua orang hidup senang. Disebalik yang senang ada juga orang yang susah. Jadi memang agak membebankan bagi golongan orang seperti ini memiliki jenis rumah selain dari kos rendah. Selain itu, pembahagian 3 jenis perumahan ini perlu bergantung terhadap kegiatan aktiviti yang dijalankan disekitarnya. Contohnya seperti di bandar Kuala Lumpur, permintaan terhadap rumah kos rendah telah melebihi rumah yang sedia ada. Tetapi sebaliknya berlaku terhadap rumah kos tinggi. Ini boleh dilihat di dalam jadual 12.1 yang terdapat di bawah.


Walaubagaimanapun masalah ini telah diatasi oleh kerajaan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah. Seperti rumah pangsapuri yang terdapat di dalam gambar 12.1 di bawah. Ini adalah langkah yang saya rasa paling efektif bagi meningkatkan rumah kos rendah di bandar Kuala Lumpur. Kerana ia dapat menampung bilangan penduduk yang ramai. Konklusinya, prinsip perumahan bercampur memang ada diterapkan di dalam pembangunan perumahan di Malaysia tetapi mungkin pelaksanaannya kurang sesuai atau tidak mengikut kaedah yang betul.

10 comments:

  1. Tn haji Azman,boley tuan haji huraikan lagi x tentang perumahan berccampur dimana kadar kemanpanan kuantiti jumlah perumahan bercampur di malaysia boleh dikategorikan sebagai masih rendah jika hendak dibandingkan denagn negara-negara maju itu sendiri.Boleykan tuan HAJI?

    ReplyDelete
  2. Bagus soalan En. Shahrul, mengikut pandangan saya kadar kemampanan jumlah perumahan bercampur di Malaysia tidaklah rendah dan masih lagi boleh dikatakan seimbang. Kerana tidak banyak isu yang timbul mengenai perkara ini. Jika ada pun mungkin kerana ada orang luar yang datang ke sesuatu kawasan itu untuk mencari pekerjaan. Diharap jawapan saya ini serba sedikit dapat menjawab persoalan En. Shahrul.

    ReplyDelete
  3. Azman dan Shahrul, Rumah 'free size'/size 7 standard - masih banyak dibina oleh pemaju sehingga 1990an. 2000an menampakkan sedikit perubahan tapi harga rumah tidak terkawal?..

    ReplyDelete
  4. pendekatan yang lebih proaktif dari pihak pemaju yang sekarang lebih menitikberatkan ameniti dalam skema perumahan mereka memang patut di puji kerana rumah merupakan tempat kita berehat dari stress segala banda yang terjadi di luar rumah. peruntukan kawasan laman yang luas juga amat penting bagi sesuatu syarikat pemaju perumahan dlam menyediakan kawasan perumahan utk pembeli2...

    ReplyDelete
  5. salam..satu2 pmbngunan perumahan perlu melihat siapa yg bakal mghuni rumah itu @ target kepada siapa rumah itu akan dijual..semuanya perlu seimbang..prumahan kos rendah perlu dibngunkan lebih bnyk ekoran permintaan terhadapnya yg lbh tinggi..jika perumahan kos sederhana dan tinggi lbh mmnangi pasaran,mcm mana org bergaji rndah nk tinggsl..tp lngkah govt bt pprt untuk pduduk miskin adalah 1 permulaan lngkah yg baik.

    ReplyDelete
  6. penyediaan rumah bercampur memang perlu dilakukan apatah lagi rumah berkos rendah dan sederhana. hal ini juga dapat mengurangkan masalah penggangguran di samping dapat meningkatkan kualiti hidup penduduk.

    ReplyDelete
  7. penyediaan perumahan bercampur perlu diterapkan dalam sesebuah pembangunan. perumahan kos rendah dan sederhana perlu disediakan dalam kuantiti yang lebih berbanding perumahan kos tinggi memandangkan permintaan yang tinngi dan masyarakat yang mempunyai taraf hidup rendah dan sederhana dapat memiliki kediaman sendiri dan dapat meningkatkan kualiti hidup.

    ReplyDelete
  8. skarang ni kalau dilihat banyak projek pembinaan rumah kos rendah,.sume ni kerajaan buat bagi nak tolong rakyat n bantu tingkatkan taraf hidup orang2 susah

    ReplyDelete
  9. Pada saya perumahan bercampur adalah satu konsep yang baik.Perumahan bercampur memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat sama ada dari golongan atasan,sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.Dengan ini,dapat mengelakkan wujudnya masalah setinggan di kawasan-kawasan terutamanya di bandar.

    ReplyDelete
  10. permintaan hendaklah seimbang dengan penawaran..klu rakyat terdiri daipada golongan yang sederhana kenapa masih banyak rumah berkos tinggi berbanding kos sederhana dan rendah..faktor utama dah tentu dari aspek keuntungan..mereka merasa dengan melakukan rumah kos rendah sederhana ini tidak memberi pulangan yang banyak jadi tak perlu dibina..perancangan ynag longgar seperti ini yang menyebabkan berlaku masalah setinggan dan seterusnya merendahkan kualiti hidup masyarakat..perancangan hendaklah bijak dan melihat keadaan semasa dan unjuran masa hadapan..

    ReplyDelete