Seperti yang kita tahu terdapat 10 prinsip urbanisme(urbanism). Prinsip-prinsip ini perlu diterapkan di dalam pembangunan sekarang agar dapat mewujudkan suatu pembangunan yang mampan dan dapat meningkatkan lagi kualiti hidup yang lebih baik. Disini saya ingin memberi pendapat saya terhadap salah satu prinsip daripada 10 prinsip urbanisme(urbanism) yang digunakan dalam pembangunan fizikal di Malaysia masakini. Iaitu perumahan bercampur. Mengikut pemerhatian saya prinsip ini memang ada diterapkan dikebanyakan pembangunan perumahan yang ada di Malaysia. Tetapi tidak semua pembangunan perumahan mengikut prinsip ini dengan kaedah yang betul. Di dalam suatu pembangunan perumahan biasanya mengandungi 3 jenis perumahan:
1. Rumah kos rendah

2. Rumah kos sederhana

3. Rumah kos tinggi

Ini memang perlu bagi menjamin keperluan dan permintaan penduduk di Malaysia memiliki rumah untuk berteduh. Bagi saya, jenis perumahan kos rendah perlu diberi lebih perhatian. Ini kerana kita pun tahu sudah menjadi lumrah hidup di dunia ini. Tidak semua orang hidup senang. Disebalik yang senang ada juga orang yang susah. Jadi memang agak membebankan bagi golongan orang seperti ini memiliki jenis rumah selain dari kos rendah. Selain itu, pembahagian 3 jenis perumahan ini perlu bergantung terhadap kegiatan aktiviti yang dijalankan disekitarnya. Contohnya seperti di bandar Kuala Lumpur, permintaan terhadap rumah kos rendah telah melebihi rumah yang sedia ada. Tetapi sebaliknya berlaku terhadap rumah kos tinggi. Ini boleh dilihat di dalam jadual 12.1 yang terdapat di bawah.

Walaubagaimanapun masalah ini telah diatasi oleh kerajaan dengan membina lebih banyak rumah kos rendah

. Seperti rumah pangsapuri yang terdapat di dalam gambar 12.1 di bawah. Ini adalah langkah yang saya rasa paling efektif bagi meningkatkan rumah kos rendah di bandar Kuala Lumpur. Kerana ia dapat menampung bilangan penduduk yang ramai. Konklusinya, prinsip perumahan bercampur memang ada diterapkan di dalam pembangunan perumahan di Malaysia tetapi mungkin pelaksanaannya kurang sesuai atau tidak mengikut kaedah yang betul.